fbpx

Pelajar maut, motosikal ditunggang abang langgar penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar tersebut maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Hang Tuah, Jalan Raja Musa, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Seorang pelajar lelaki tingkatan satu maut manakala abangnya cedera selepas motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan di Kampung Hang Tuah, Jalan Raja Musa di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, mangsa berusia 13 tahun dan beralamat di Batang Berjuntai itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Difahamkan mangsa menuntut di salah sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dan abangnya berusia 15 tahun menaiki Yamaha Y15 di Jalan Raja Musa menghala Bestari Jaya.

Katanya, setiba di lokasi kejadian dikatakan abang mangsa yang menunggang motosikal tersebut gagal untuk mengawal jenteranya sebelum hilang kawalan dan melanggar besi penghadang kiri jalan.

“Akibat perlanggaran tersebut mangsa berusia 13 tahun itu parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala abangnya yang turut cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Beliau menegaskan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI