fbpx

Boleh ambil vaksin Covid-19 di 426 klinik kesihatan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly.

PETALING JAYA – Sebanyak 426 klinik kesihatan seluruh negara tersedia untuk menawarkan pemberian vaksin Covid-19 dan senarai pusat pemberian vaksin (PPV) tersebut boleh disemak dalam aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, orang ramai boleh membuat tempahan slot vaksinasi sebagaimana tatacara tempahan yang dibuat semasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di aplikasi MySejahtera sebelum ini.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti trend tempahan slot janji temu di PPV dan akan meningkatkan jumlah slot di PPV yang mempunyai permintaan vaksinasi yang tinggi.

“Maklumat pertambahan atau perubahan kepada bilangan slot janji temu di sesebuah PPV akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“Sekiranya slot janji temu di sesebuah PPV telah penuh, orang ramai dinasihati untuk memilih PPV lain yang masih mempunyai slot tempahan janji temu pada minggu ini atau minggu hadapan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, KKM ingin menegaskan bahawa pengambilan vaksin Covid-19 pada masa ini adalah secara sukarela dan ia digalakkan terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi.

Selain itu, KKM turut menyarankan orang ramai memainkan peranan dan tanggungjawab untuk melindungi diri daripada jangkitan dan tidak menularkan Covid-19 kepada orang lain dengan mengamalkan 3W (Wash, Wear dan Warn) dan mengelakkan 3S (kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI