fbpx

Muhammad Shafee kena bayar lebih RM5.5 juta cukai pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shafee

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi memerintahkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu berikutan keputusan pada 15 Disember lalu yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus dalam samannya bagi mendapatkan tunggakan cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016.

Penghakiman terus merujuk kepada penghakiman yang dibuat oleh mahkamah bagi satu pihak terhadap pihak lain tanpa melalui perbicaraan penuh.

Sebelum ini, Roz Mawar dalam penghakimannya ketika membenarkan permohonan penghakiman terus itu, berkata berdasarkan afidavit, Muhammad Shafee tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan itu dan tiada isu yang memerlukan keterangan saksi pada perbicaraan penuh.

Prosiding hari ini ditetapkan bagi menentukan berapa jumlah cukai pendapatan tertunggak yang perlu dibayar oleh peguam berkenaan yang dinamakan selaku defendan.

Terdahulu dalam prosiding hari ini peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad memaklumkan bahawa jumlah yang dimuktamadkan perlu dibayar oleh Muhammad Shafee ialah RM5,529,577.70.

Sementara itu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili bapanya memberitahu mahkamah, beliau akan mendapatkan arahan lanjut sama ada untuk merayu keputusan mahkamah membenarkan penghakiman terus terbabit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI