fbpx

KKM peruntuk RM1.42 juta kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan sebanyak RM1.42 juta kepada 142 hospital tahun depan bagi membolehkan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) melaksanakan aktiviti-aktiviti meningkatkan aspek penyampaian perkhidmatan dan kebajikan pesakit.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sebanyak RM5.1 juta turut diperuntukkan kepada 1,020 klinik kesihatan di bawah KKM bagi tujuan berkaitan.

“KKM amat komited dalam menambah baik peranan ALPH agar lebih efisien dan efektif bagi memastikan institusi berkenaan terus kekal relevan selaras dengan hala tuju kementerian.

“KKM ingin menegaskan bahawa ALPH berperanan sebagai penghubung antara hospital dengan komuniti di samping mengadakan lawatan ke hospital bagi mengenal pasti dan menangani cabaran yang dihadapi oleh pihak hospital KKM,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, selain itu, ALPH menyumbang perkhidmatan kebajikan kepada pesakit dan hospital serta melibatkan diri dalam aktiviti hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI