fbpx
Anwar (dua dari kiri) ketika merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional 2026 di Pusat Konvensyen PICCA di Arena Butterworth, hari ini. Gambar oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

RM1 juta untuk Tabung Kasih@HAWANA 2026 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM1 juta bagi Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026, hari ini.

Anwar berkata, peruntukan khas itu sebagai tanda penghargaan dan sokongan berterusan kepada pengamal media di negara ini.

Menurutnya, peruntukan itu diluluskan bagi memperkukuhkan kebajikan wartawan dan penggiat media yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat.

“Saya ingat hari ini 773 pengamal media seluruh negara telah terima sumbangan berjumlah RM2.26 juta tapi kerana kejayaan ini, kerana semangat ihsan dan kasih, maka Tabung Kasih@HAWANA 2026 diberi peruntukan RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA, Arena Butterworth Arena di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan bersetuju meneruskan Dana Inovasi Media yang sebelum ini diperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membantu organisasi media melaksanakan inovasi dan memperkukuh transformasi digital industri berkenaan.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 72 syarikat media telah menerima pembiayaan keseluruhan berjumlah RM24.57 juta menerusi Dana Inovasi Media Fasa 1 hingga Fasa 5. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN