fbpx

Suspek bunuh akauntan di Cheras masih diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen (gambar kecil) - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Polis mengesan suspek bunuh akauntan lelaki yang dijumpai maut tanpa seurat benang di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru pada 11 Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sedang giat memburu suspek meskipun sudah menahan dua suspek awal sebelum ini.

“Tempoh tahan reman dua rakan mangsa yang merupakan suspek awal tamat hari ini.

“Kita akan lihat ‘outcome’ dan akan rujuk Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi pandangan serta nasihat mengenai kes ini,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan mayat seorang lelaki tempatan tidak berpakaian dalam keadaan meniarap dijumpai orang awam di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini, 11 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 6 pagi.

Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bergegas ke lokasi.

“Identiti si mati telah dikenal pasti dan disahkan oleh waris dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI