fbpx

Suntik vaksin Covid-19 Sinovac secara sukarela di PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pengambilan vaksin Covid-19 buat masa ini hanya dijalankan secara sukarela di mana ia boleh disuntik di 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di klinik kesihatan seluruh negara.

Difahamkan, buat masa ini, hanya vaksin Sinovac yang tersedia di PPV terlibat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya juga akan mengemaskini maklumat mengenai status PPC dari semasa ke semasa sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan kepada bilangan PPV.

Katanya, untuk mendapatkan vaksin Covid-19, orang ramai boleh merujuk senarai PPV di dalam aplikasi MySejahtera.

“Sementara itu, bagi mendapatkan suntikan vaksin itu, orang ramai boleh hadir ke PPV yang tersenarai secara walk-in atau membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Kementerian Kesihatan (KKM) ingin menegaskan bahawa pengambilan vaksin Covid-19 pada masa ini adalah secara sukarela,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini tadi.

Katanya, KKM menggalakkan pengambilan vaksin terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi.

“Vaksin Covid-19 yang tersedia di negara ini berkesan untuk melindungi daripada komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti.

“KKM menyarankan setiap warga Malaysia memainkan peranan dan tanggungjawab untuk melindungi diri daripada jangkitan dan tidak menularkan Covid-19 kepada orang lain dengan mengamalkan 3W (amalkan Wash, Wear dan Warn).

“Orang ramai juga perlu mengelakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI