fbpx

‘Setiap hari berdoa agar ada penderma hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazirah bersama anaknya yang menghidap bengkak hati.

MACHANG – Sepasang suami isteri berdoa pada setiap hari agar ada insan yang sudi mendermakan hati untuk anaknya yang menghidap bengkak hati sejak dilahirkan.

Hazirah Hashim, 36, dan suaminya, Hashim Mat, 46, juga me­rayu bantuan orang ramai untuk membantunya bagi meringankan kos pembedahan menukar hati anaknya itu.

Hazirah yang juga seorang suri rumah berkata, suaminya, Hashim Mat, 46, hanya bekerja sebagai pemotong rumput dan pendapatan pula tidak menentu sekitar RM20 hingga RM50 sehari.

Katanya, kesusahan itu menyebabkan mereka tidak mampu menampung kos pembedahan anaknya, Nur Afiya Husna yang berusia setahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Januari tahun depan.

“Anak ketiga daripada tiga beradik itu disahkan menghidap bengkak hati selepas dua minggu dilahirkan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, secara berkala.

“Saya sudah memohon untuk mendapatkan sumbangan hati daripada penderma organ, tetapi dijangka mendapat keputusan dalam masa terdekat.

“Saya perlukan wang seba­nyak RM5,000 untuk kes pembedahan selain belanja tambang pergi balik ke HKL untuk rawatan susulan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumah mereka di Kampung Gaung, Pangkal Meleret, di sini baru-baru ini.

Hazirah berkata, keluarga­nya juga bergantung hidup de­ngan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan.

Bagaimanapun, bantuan itu tidak cukup untuk menampung pembelian susu berjenama Dugro berharga RM35 setin untuk anaknya itu yang hanya bertahan selama empat hari selain pembelian lampin pakai buang.

“Kadangkala saya sekeluarga terpaksa ikat perut kerana terputus bekalan makanan apabila suami tidak bekerja. Nasib baik anak saya baru seorang bersekolah yang berusia lapan tahun,” ujarnya.

Hazirah memberitahu, dia tidak sabar menunggu jawapan daripada penderma organ kerana bimbang keadaan kesihatan Nur Aliya dan perutnya semakin membesar.

“Setiap hari saya berdoa agar ada insan yang sudi menderma hati kepada anak saya, supaya pembedahan boleh dilakukan secepat yang mungkin,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu bolehlah menghubungi Hazirah di talian 018-9072754 atau terus menyumbang ke dalam akaun Bank Islam 03045022462118 atas namanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.