fbpx

Along mengaku simbah cat merah didenda RM2,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pekerja kedai makan didenda RM2,500 di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada halaman rumah seorang individu awal bulan ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

PORT DICKSON – Dua pekerja kedai makan didenda RM2,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada halaman rumah seorang individu pada awal bulan ini.

Kedua-dua tertuduh, Yong Wai Kee, 36, dan Chan Wai Hong, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Mahkamah menetapkan hukuman denda terhadap tertuduh sebanyak RM2,500 setiap seorang, jika gagal bayar boleh dipenjara dua bulan.

Mengikut pertuduhan, mereka telah melakukan khianat dengan cara menyimbah cat warna merah sehingga menyebabkan kerosakan pada halaman rumah seorang wanita berusia 56 tahun di Kampung Paya Port Dickson lebih kurang pukul 11 pagi pada 8 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal manakala tertuduh masing-masing berasal dari Raub, Pahang dan Kajang, Selangor tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan mendapati anak kepada mangsa telah membuat pinjaman dengan seorang along di Singapura tetapi pinjaman selesai dibayar oleh mangsa.

Aidi Sham berkata, suspek dua lelaki tempatan itu telah ditahan oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di Pejabat Komersial IPD Ipoh, Perak lebih kurang pukul 3.40 petang, 17 Disember lalu dan kedua-duanya turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah serta dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI