fbpx

Pilihan Raya PBT tidak perlu dibuat – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika melakukan lawatan di LLM hari ini. Foto IHSAN LLM.

KAJANG – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan, pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak perlu diadakan kerana ia hanya akan mencetuskan kegusaran politik .

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut menzahirkan keyakinan Kerajaan Perpaduan tidak akan meluluskan syor Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai yang sebelum ini mencadangkan agar kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.

“Pada pandangan saya, tidak perlu lagi pilihan raya PBT. Saya selaku ahli MKT (UMNO), tidak mahu bertambah runcing perkauman di negara kita ini,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengulas gesaan Tan yang mahu kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara sebagai langkah memperkukuh demokrasi.

Jelas Ahmad, pilihan raya PBT tidak perlu diadakan memandangkan sistem PBT itu sendiri seperti majlis perbandaran atau dewan bandaraya dianggotai oleh wakil pelbagai kaum.

“Cukuplah pilihan raya negeri dan Parlimen, kenapa perlu ada pilihan raya satu lagi,” katanya.

Terdahulu, pilihan raya PBT di Malaysia digantung pelaksanaan pada 1960-an sebelum digantikan dengan sistem lantikan ketua iaitu Datuk Bandar dan Yang DiPertua Majlis termasuk ahli majlis. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI