fbpx

MAIPk agih zakat RM8.9 juta di daerah Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salamiah (tengah) menerima replika kunci rumah pada Majlis Penyerahan Bantuan Bina Rumah MAIPk di Kuala Kurau, Parit Buntar hari ini.

PARIT BUNTAR – Program ziarah asnaf dan penyerahan bantuan bina rumah merupakan salah satu program inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat dibantu sebaiknya.

Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Rohizan Omar berkata, sebanyak RM8.9 juta dana zakat diagihkan di daerah Kerian meliputi Parit Buntar dan Bagan Serai.

“Sebanyak RM850,500 dana zakat disalurkan untuk membina 14 buah rumah baharu dan sebanyak RM1.03 juta dana zakat pula bagi membaik pulih 60 buah rumah di daerah Kerian,” katanya di sini hari ini.

Mengulas tentang program penyerahan replika kunci bantuan rumah tersebut, beliau berkata, pentadbiran MAIPk bersama-sama Orang Besar Jajahan Kerian, Orang Kaya Kaya Shahbandar Paduka Indera Datuk Ahmad Raziff Mohamad Zulkifli telah menziarahi dan menyantuni empat buah rumah asnaf di Tebuk Jawa, Titi Serong sehingga ke lokasi terakhir iaitu di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau.

“Program penyerahan replika kunci bantuan bina rumah di lokasi terakhir telah disempurnakan oleh Ahmad Raziff kepada seorang penerima iaitu Salamiah Awi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI