fbpx

Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga 25 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di beberapa kawasan perairan negara bermula hari ini sehingga 25 Disember 2023.

Menurut MetMalaysia melalui kenyataan di laman Facebook, amaran kategori kedua dengan angin kencang berkelajuan 50 sehingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 sehingga 4.5 meter (m) diramal berlaku di Condore, Utara Reef North, Layang-Layang dan Barat Pahlawan.

“Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kategori pertama dengan angin kencang berkelajuan 40 sehingga 50 kmsj dan ombak 2.5 sehingga 3.5 m diramal berlaku di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Tenggara Samui, Tioman, Utara Bunguran, Utara Reef South.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah bahaya kepada bot-bot kecil, relreasi laut dan sukan laut,” katanya dalam kenyataan.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kategori pertama dengan angin 40 sehingga 50 kmsj dan ombak mencapai sehingga 3.5 m diramal berlaku di kawasan Selatan Reef North, Labuan dan Timur Pahlawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI