fbpx

Seorang maut, lapan cedera kemalangan di Kuala Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Besar Bernam, Kuala Selangor malam tadi.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki maut, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Besar Bernam di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 10.05 malam.

“Setibanya di lokasi, kemalangan didapati melibatkan tiga buah kereta iaitu Perodua Bezza, Honda City dan Nissan Almera. Mangsa yang menaiki Perodua Bezza dikenali sebagai Norsyam Nassullah Rahim, 23, meninggal dunia di lokasi.

“Seorang penumpang wanita kereta itu cedera. Selain itu, seorang lelaki yang membantu mangsa kemalangan turut cedera parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, seramai enam mangsa yang menaiki Honda City dan Nissan Almera turut cedera dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang di sini bagi mendapatkan rawatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI