fbpx

Pembantu kedai santan ditahan 24 kes pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Samah (dua kiri) menunjukkan barang kes yang berjaya dirampas dalam serbuan berkaitan jenayah kes pecah rumah pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Seorang pembantu kedai menjual santan ditahan polis pada Rabu lalu kerana disyaki terlibat dengan 24 kes pecah rumah membabitkan kerugian bernilai lebih RM70,000 di sekitar daerah ini dan Kubang Pasu sejak dua bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abu Samah Mohd Noor berkata, lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai melakukan kegiatan itu secara solo dan kes terbaharu adalah pada 10 Disember lalu di Jalan Jalai Jaya, Kepala Batas dengan mencuri beberapa barang berharga dari sebuah rumah bernilai kira-kira RM10,000.

“Selepas kejadian pada 10 Disember lalu, siasatan dilakukan membawa kepada penahanan suspek di kedai santan tempat dia bekerja di Kampung Naga, Kubang Pasu, dua hari kemudian.

“Beberapa barangan dipercayai hasil daripada kegiatan pecah rumah dilakukan suspek turut dirampas antaranya 75 telefon bimbit pelbagai jenama, empat unit iPad, 92 jam tangan, 50 cincin, 36 gelang, empat pasang butang baju uniform tentera dan satu beg mengandungi duit syiling pelbagai jenis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Dalam sidang akbar sama,  Abu Samah turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menahan tiga lelaki dengan seorang daripadanya dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata secara solo menggunakan ‘pump gun’ di sebuah kedai emas di Jalan Langgar, di sini awal bulan ini.

Beliau berkata, penahanan ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 50-an itu turut membantu menyelesaikan enam lagi kes samun kedai emas di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sejak 2009.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI