fbpx

Papagomo disiasat fitnah PM hidap AIDS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papagomo dan Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Papagomo berhubung kenyataan mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi video ‘live’ pada 16 Disember lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, video berdurasi satu jam 32 minit 50 saat itu telah dimuat naik di channel YouTube ‘Sir Azri’.

Video yang bertajuk ‘DSAI Penyakit Misteri Tiada Penawar AIDS’ telah dikongsikan oleh Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman.

“Kes ini disiasat di bawah 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi susulan kes berkenaan masih di peringkat siasatan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna media sosial yang memanipulasi atau mengulas sehingga menyentuh isu yang mengganggu ketenteraman awam, prinsip moral, fitnah atau pengapian apa-apa kesalahan,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI