fbpx

EPL: Man. City tidak layak menang – Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berjaya mendahului perlawanan dengan agak selesa, namun hilang fokus pada hujung perlawanan menyebabkan Palace berjaya menyamakan jaringan. - AFP

MANCHESTER – Manchester City terpaksa akur apabila tercicir mata selepas terikat 2-2 menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad kelmarin tidak berjaya mengubah kedudukan di tempat keempat.

Pengurus City, Pep Guardiola mengakui kegagalan itu bukanlah disebabkan nasib buruk yang menimpa pasukannya, tetapi cara mereka bermain menyebabkan mereka tidak layak untuk memenangi perlawanan itu.

City berjaya mendahului perlawanan dengan selesa menerusi dua gol hasil jaringan Jack Grealish dan Rico Lewis sehinggalah mereka seakan hilang punca kira-kira 15 minit perlawanan berbaki membolehkan Palace menyamakan kedudukan menerusi Jean-Philippe Mateta dan Michael Olise.

Ini adalah kali keempat musim ini dari enam perlawanan di mana City gagal meraih kemenangan biarpun berjaya mendahului perlawanan.

“Ia bukan kerana nasib malang, tetapi kami layak untuk hanya mendapat satu mata. Kami melepaskan dua mata, tetapi apabila gol penyamaan lawan diperoleh menerusi sepakan penalti, anda tidak layak menang,” katanya.

City turun tanpa kelibat penggempur berbisa mereka Erling Haaland yang mengalami kecederaan berjaya melakukan 19 percubaan berbanding lima diperoleh Palace yang berjaya menghasilkan dua gol.

“Seperti mana ketika menentang Tottenham (3-3) dan Liverpool (1-1), kami bermain dengan sangat baik, tetapi gagal memenangi perlawanan.

“Bermain dengan cara sebegitu, kami tidak boleh dibolosi, tetapi pada akhirnya kami memberikan mereka penalti dan ia seperti ketika kami menentang Chelsea. Jadi, kami memang tidak layak menang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI