fbpx

Rugi RM15,800 kononnya menang peraduan Shopee 1212

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MIRI – Wang simpanan berjumlah RM15,800 milik seorang wanita lesap selepas diperdaya sindiket penipuan kononnya dia memenangi peraduan Shopee 1212.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an yang merupakan pekerja swasta itu menerima panggilan daripada pihak tidak dikenali kelmarin yang memaklumkan dia memenangi satu peraduan.

Susulan itu, mangsa memberikan butiran akaun bank dan kata nama serta kata laluan perbankan internet miliknya melalui pautan yang diberikan oleh suspek.

Selain itu, beliau berkata, mangsa juga telah memberikan nombor TAC dan OTP kepada suspek.

“Mangsa hanya menyedari dia diperdaya selepas membuat semakan baki akaun bank miliknya dan mengalami kerugian sebanyak RM15,800,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI