fbpx

Pelembab muka Eyka Farhana cecah ribuan ringgit!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMINAT membuat 'siasatan' harga pelembab muka yang digunakan Farhana yang dikatakan mencecah ribuan ringgit.

KALAU sudah namanya selebriti, lakukanlah apa sahaja pasti akan mencuri perhatian ramai contohnya seperti Eyka Farhana.

Bukan tular kerana foto seksi sebaliknya Eyka menjadi bahan bualan selepas memuat naik video-video rutin penjagaan wajah dan solekannya setiap hari.

Paling mencuri perhatian ialah produk-produk digunakan Eyka dalam videonya yang dikatakan mencecah harga ribuan ringgit seperti pelembab muka dan minyak wangi.

Antara produk paling mahal digunakan pelembab wajah jenama mewah antarabangsa yang berharga sekitar RM2,590.

Bukan sahaja teruja, malah ramai yang mahu turut membeli beberapa produk digunakan kerana ingin mendapatkan wajah menawan seperti Eyka.

“Selepas lihat video itu, terus rasa nak beli beberapa produk digunakan. Nak cantik macam dia,” ujar netizen dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI