fbpx

Jerman juara Piala Dunia Hoki Remaja 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOLDERMANN (kiri) meledak gol kemenangan Jerman menewaskan Perancis 2-1 pada final Piala Dunia Hoki Remaja di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Malaysia terus menjadi ‘bumi bertuah’ buat Jerman apabila berjaya menjulang trofi Piala Dunia Hoki Remaja 2023 dengan menewaskan Perancis 2-1 pada final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Ini adalah gelaran keempat Jerman di pentas Piala Dunia Hoki Remaja di bumi Malaysia selepas mula memenanginya sewaktu edisi Kuala Lumpur 1982, Ipoh 1989 dan Johor Bahru 2009.

Secara keseluruhan, ia adalah kejuaraan Piala Dunia Hoki Remaja yang ketujuh buat Jerman yang mana skuad senior negara itu turut memenangi Piala Dunia 2023 di Bhubanewsar-Rourkela, India awal tahun ini.

Dalam aksi final sebentar tadi, Jerman terlebih dahulu ketinggalan satu gol kepada Perancis hasil jaringan padang Jules Verrier pada minit ke-17.

BARISAN pemain Jerman meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunia Hoki Remaja di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

Bagaimanapun, Jerman bangkit mempamerkan kualiti sebenar dengan gol penyamaan menerusi Jan Cordes yang memanfaatkan kesilapan kapten Perancis, Gaspard Xavier pada minit ke-32.

Kesilapan pertahanan Perancis mengundang padah apabila membenarkan Liam Holdermann tidak dikawal, sekali gus membolehkannya meledak gol kedua yang menjadi jaringan kemenangan Perancis pada minit ke-40.

Menariknya, penjaga gol Jerman, Joshua Onyekwue Nnaji turut dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Kejohanan, manakala bintang Belgium, Hugo Labouchere meraih anugerah Penjaring Terbanyak Kejohanan dengan sembilan gol.

Sebagai rekod, skuad hoki remaja lelaki negara menamatkan kejohanan kali ini di kedudukan ke-12 selepas tewas 3-4 kepada New Zealand menerusi penentuan shoot-out setelah terikat 2-2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI