fbpx

Tangani isu miskin bandar, jadi fokus Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha mengimbas kad perakam waktu sebelum sesi Taklimat Khas Bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi di Menara Seri Wilayah hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Isu kemiskinan bandar, miskin tegar dan penjaja kecil akan menjadi fokus serta tumpuan utama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Menurutnya, fokus itu penting bagi memastikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sentiasa maju dan sentosa daripada sudut ekonomi dan pembangunan.

“Walaupun jumlah (miskin bandar) tak ramai, tapi ia tetap penting untuk ditangani.

“Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Labuan tempoh hari turut menekankan supaya Labuan dibangunkan daripada segi ekononi dan destinasi pelancongan.

“Saya yakin dengan kerja berpasukan daripada jabatan, kita akan maju ke depan,” katanya ketika ditemui media sebelum menghadiri taklimat bersama pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Katanya, agenda lain akan diberikan tumpuan termasuk isu pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Dr. Zaliha berkata, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, beliau juga mahu tiga Wilayah Persekutuan diberi keutamaan khusus bertepatan usia Wilayah Persekutuan yang akan mencapai usia 50 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI