fbpx

Mangsa banjir di Terengganu 330 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk membawa tilam keluar dari rumahnya yang ditenggelami banjir di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 330 mangsa daripada 109 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, Hulu Terengganu dan Setiu terjejas dengan banjir gelombang kedua yang melanda sejak kelmarin.

“Hulu Terengganu mempunyai 317 mangsa daripada 105 mangsa yang berada di tiga PPS.

“Seramai 13 mangsa daripada empat mangsa pula berada di dua PPS di Setiu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JPBN Terengganu berkata, sebahagian mangsa banjir di lima PPS berkenaan telah mula pulang ke rumah masing-masing setelah banjir semakin surut di kawasan rumah masing-masing.

Begitupun ujar beliau, langkah berjaga-jaga tetap diambil memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI