fbpx

Ribut petir, hujan lebat di enam negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini berkata, kawasan di Kedah yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah di Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Ujarnya, beberapa kawasan di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Maran turut diramal cuaca yang sama.

“Di Selangor kawasan yang dijangka hujan dan ribut petir adalah Klang dan Kuala Langat,” katanya.

Tambahnya, seluruh Pulau Pinang dan Perak (Hulu Perak) turut diramal ribut petir diikuti dengan Sabah (Sandakan).

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`