fbpx

Periksa mental, jangan jadi pesalah jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

BARU-BARU ini, negara dikejutkan dengan pelbagai kes bunuh termasuk mencabut nyawa sendiri dan buli dalam kala­ngan masyarakat dan keadaan ini amat membimbangkan.

Punca-punca berlakunya kes jenayah fizikal, keganasan atau pembunuhan antaranya ­disebabkan gangguan emosi melampau selain pengambilan bahan terlarang.

Berita mengenai seorang pe­nganggur yang membunuh ibu dan bapanya sendiri beberapa hari lalu sangat meruntun hati.

Suspek yang baru tiga hari di­ikat jamin ibunya atas kesalahan jenayah melakukan perbuatan berkenaan ketika berada dalam keadaan khayal.

Sebelum itu, seorang pelajar sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur dikatakan melarikan diri dari sekolah awal pagi selepas didakwa menjadi mang­sa buli. Mujurlah dia ditemui selamat walaupun dalam keadaan lemah.

Kes-kes sebegini memerlukan pemeriksaan mental ke atas pelaku. Ujian kesihatan boleh dilakukan di fasiliti kesihatan seluruh negara.

Pada Oktober lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan tahap kesihatan mental sebahagian rakyat Malaysia membimbangkan apabila mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Menerusi data MyMinda yang diperkenalkan 22 Oktober lalu, seramai 6,955 individu telah di­saring dan daripada jumlah itu, 2,887 berdepan dengan isu kemurungan, manakala 1,315 individu terkait dengan ciri-ciri ke arah membunuh diri.

Akhbar ini melaporkan keha­diran pesakit luar yang mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) di Tanjung Rambutan dekat Ipoh menunjukkan peningkatan setiap tahun termasuk dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Peningkatan ini disumbangkan oleh pertambahan individu terutama remaja yang mengalami masalah kemurungan, psikosis dan keresahan selain masalah perkembangan neurologi seperti Autism Spectrum Disorder (ASD) dan Attention De cit Hyperacti­vity Disorder (ADHD).

Pakar psikologi, Dr. Meriam Omar Din berkata, faktor jenayah lebih dipengaruhi oleh latar belakang didikan dan nilai yang diasah oleh ibu bapa adalah merupakan faktor penting.

Katanya, jika didikan ibu bapa menekan kepada nilai material dan status sosial maka apabila mereka dewasa kelak akan mengejar nilai-nilai tersebut ­untuk dirinya dihormati.

“Sampai satu tahap mereka sanggup lakukan jenayah untuk capai penghormatan material ini.

“Itu sebab amat penting ibu bapa terapkan nilai-nilai bukan material seperti suka menolong orang, aktiviti kebajikan dan sosial berpersatuan, beramal jariah dan aktiviti perkembangan diri dengan mempelajari ilmu dan kemahiran yang baru,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Jelasnya, perkara itu sangat membantu dalam membentuk masyarakat yang lebih sihat dari segi kesihatan mental di masa akan datang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI