fbpx

Suami hadiah nasi lauk daun betik sempena hari lahir isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu menghulurkan nasi tersebut kepada isterinya. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang suami menyediakan nasi berlauk sayur daun betik semasa sambutan hari lahir isterinya.

Laman berita Liputan6 melaporkan, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @diny_dnk semalam.

Lelaki tersebut dilihat menghulurkan sepinggan nasi berlaukkan tumis daun betik dan ikan bilis goreng kepada isterinya.

Dia menggunakan daun betik untuk membuat corak perkataan ‘HBD’ yang bermaksud selamat hari lahir dalam bahasa Inggeris.

Sambil memegang lilin, isterinya didengari ketawa melihat gelagat si suami. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Usaha seperti ini membuatkan saya terharu,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI