fbpx

Harimau Malaya tak jadi lawan Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU MALAYA terpaksa melupakan hasrat menentang Arab Saudi apabila SAFF sudah mengatur tiga aksi persahabatan lain.

PERSIAPAN skuad Harimau Malaya ke saingan Piala Asia 2023 di Qatar sedikit terjejas selepas harapan untuk melakukan aksi ‘panas badan’ menentang Arab Saudi tidak menjadi kenyataan.

Sebagai rekod, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada sebelum ini telah mengesahkan Arab Saudi menjadi salah satu pasukan yang bakal menguji skuad kendalian Kim Pan-gon sebelum berlepas ke Qatar nanti.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mendedahkan aksi bertemu Malaysia tiada dalam jadual persahabatan yang bakal mereka harungi pada bulan Januari depan.

Menurut SAFF, tiga aksi persahabatan telah diatur dengan bertemu Lebanon pada 4 Januari, disusuli dengan perlawanan Palestin (9 Januari) dan Hong Kong (10 Januari.

Situasi tersebut sekali gus mengecewakan kem Harimau Malaya dalam usaha mendapatkan ujian terbaik sebelum berlepas ke Qatar untuk mengharungi Piala Asia pertama sejak edisi 2007.

Skuad kebangsaan yang menduduki ranking ke-130 dunia dijangka memulakan kem latihan pusat pada minggu depan sebagai persiapan fasa akhir menjelang kejohanan bola sepak paling berprestij Asia itu.

Malaysia yang berjaya layak secara merit buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun telah diundi dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan.

Pasukan negara dijadual menentang Jordan pada 15 Januari depan, Bahrain (20 Januari) dan aksi terakhir kumpulan bertemu Korea Selatan pada 25 Januari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI