fbpx

[VIDEO] Oyen buat hal, kejar burung atas pokok 60 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian milik @bossmeouu di laman TikTok.

PETALING JAYA – Kenakalan seekor kucing oren tersangkut pada pokok berketinggian lebih 60 meter sekali lagi berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Kejadian itu berjaya dirakam @bossmeouu menerusi sebuah video sebelum dimuat naik di laman TikTok baru-baru ini.

Difahamkan, kucing tersebut tersangkut gara-gara ingin mengejar burung.

Oyen tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sekumpulan lelaki yang menyambutnya menggunakan kain rentang berwarna biru.

Menerusi video 24 saat itu, kucing tersebut dilihat terus melarikan diri selepas dirinya diselamatkan sehinggakan ada pengguna yang berkata dirinya segan.

“Dia punya segan, terus lari,” kata Adib.

“Oyen kalau tak buat hal, tak sah. Bukan nak ucap terima kasih, cabut lari macam tu je,” kata Juraini_ amy221.

Selain itu, ada juga beberapa komen yang menyifatkan gelagat oyen itu sia-sia sahaja menyebabkan nyawanya diancam.

“Ya Allah oyen, nyawa dah di hujung tanduk dah tu,” kata Nur. Akma.

Ada juga yang berseloroh nyawa oyen tersebut sudah berkurang menjadi tujuh.

“Perempuan mana yang patahkan hatimu oyen,” gurau seorang pengguna sosial.

Video tersebut telah meraih 1.1 juta tontonan dan 56,000 ribu reaksi orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI