fbpx
Fadhlina melawat Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC), Shah Alam hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

Sekolah, ibu bapa perlu bincang sebelum anjur majlis di hotel – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Semua sekolah yang menganjurkan majlis termasuk graduasi pelajar di hotel atau tempat mewah diminta mengadakan perbincangan terlebih dulu bagi mendapatkan persetujuan ibu bapa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak sekolah sememangnya mempunyai autonomi untuk membuat sebarang majlis, namun perbincangan lanjut perlu dilakukan terlebih dahulu antara kedua-dua pihak.

“Perbincangan mengenai penganjuran mana-mana majlis mesti dibuat antara ibu bapa atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Ia bagi memastikan majlis itu bersesuaian mengikut kemampuan ibu bapa dan dipersetujui secara bersama,” katanya selepas melawat Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini, hari ini.

Kosmo hari ini melaporkan trend penganjuran majlis sekolah di hotel dengan bayaran mencecah ratusan ringgit membuatkan ramai ibu bapa mengeluh kerana membebankan mereka.

Walaupun tidak diwajibkan, tiada ibu bapa sanggup menolak permintaan anak yang begitu teruja menyertai majlis itu dan tidak semuanya berkemampuan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN