fbpx

Lelaki saman restoran jual beriani ayam tanpa ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Krishnappa berasa hampa kerana nasi beriani ayam yang dipesan tidak mempunyai ayam. – Unsplash

NEW DELHI  – Sebuah restoran di Bengaluru, India diarah membayar pampasan sebanyak 1,000 rupee (RM56) kepada seorang pelanggan kerana menjual nasi beriani ayam tanpa daging ayam, lapor laman berita India Times.

Restoran yang tidak didedahkan namanya  tersebut disaman oleh plaintif, Krishnappa kerana gagal menyediakan makanan yang memuaskan hati pelanggan.

Dalam kejadian pada April lalu, Krishnappa memesan nasi beriani ayam daripada restoran berkenaan selepas kehabisan gas memasak di rumah.

Namun, sejurus membuka bungkusan makanan, dia terkejut melihat nasi beriani ayam yang dipesan langsung tidak mempunyai daging ayam di dalamnya.

Krishnappa menghubungi pihak restoran untuk menyelesaikan masalah itu, manakala pemilik premis berjanji untuk menggantikan tempahan dalam masa beberapa minit.

Namun, selepas dua jam menunggu, tiada sebarang tindakan diambil selain panggilan telefon kepada restoran itu juga tidak berjawab.

Disebabkan tidak mendapat tindak balas sepatutnya, Krishnappa membawa perkara itu ke mahkamah pengguna pada Mei 2023 dan menuntut ganti rugi sebanyak 30,000 rupee (RM1,684) atas insiden tersebut.

Dalam hujahnya, lelaki tersebut menegaskan bahawa dia dan isterinya mengalami penderitaan mental akibat insiden itu selepas mereka tidak dapat memasak.

Hakim akhirnya membuat keputusan memihak kepadanya dan mengarahkan pemilik restoran membayar ganti rugi sebanyak 1,000 rupee bagi penderitaan mental yang dialami plaintif di samping bayaran balik makanan sebanyak 150 rupee (RM8.42). – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI