fbpx

Lelaki nyalakan ‘lighter’ suluh tangki petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu berkenaan menggunakan pemetik api untuk mencari penutup tangki petrol yang menyebabkan kebakaran besar tercetus. - east2west

MOSCOW –  Seorang pemandu dari Russia mencetuskan kebakaran besar di sebuah stesen minyak selepas menggunakan pemetik api untuk mencari penutup tangki petrol keretanya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah stesen minyaj di Sredneuralsk, wilayah Sverdlovs menunjukkan pemandu berkenaan meraba-raba  mencari penutup tangki petrol sebelum api muncul.

Dia kemudian bergegas menyelamatkan penumpang di dalam kenderaan itu.

Seorang individu dewasa dan kanak-kanak yang duduk berhampiran tangki petrol dilihat keluar dari kereta itu.

Lelaki berkenaan kemudian berlari semula ke arah kenderaannya yang terbakar dan cuba menjauhkan kereta itu daripada pam yang juga sudah terbakar.

Laporan media tempatan menyatakan bahawa kakitangan stesen minyak membantu lelaki tersebut memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Tidak dijelaskan sama ada  kemalangan jiwa berlaku, manakala indentiti pemandu tersebut belum dikenal pasti. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI