fbpx

Lelaki kahwin dua senyap-senyap dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah di Karachi menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda ke atas tertuduh. – Unsplash

KARACHI – Sebuah mahkamah di Karachi, Pakistan menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap  seorang lelaki kerana mengahwini isteri kedua tanpa pengetahuan isteri pertamanya, lapor akhbar The Nation semalam.

Kes tersebut difailkan seorang wanita terhadap suaminya yang berkahwin dua.

Ketika sesi perbicaraan, pendakwa raya Saleem Michael berkata, tertuduh yang dikenali sebagai  Joshua, tidak dibenarkan berkahwin dua di bawah Akta Perkahwinan Kristian negara itu.

Menurutnya, tindakan berkahwin lain tanpa kehadiran isteri pertama adalah salah di sisi  undang-undang berkenaan.

Selepas berpuas hati dengan hujah kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhi hukuman penjara tiga tahun ke atas tertuduh dan mengenakan denda sebanyak 30,000 rupee Pakistan (RM494). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI