fbpx

Bekas DSP bebas AMLA, penjara, denda diketepi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang bekas pegawai kanan polis dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM42 juta atas lapan kesalahan pengubahan wang haram selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan semakannya.

Bekas Deputi Superintendan Mohd. Ismail Syed Merah, 60, dibebaskan daripada Penjara Kajang hari ini selepas hukuman penjara dan denda itu diketepikan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada 2019 yang mendapatinya tidak bersalah atas kesemua lapan pertuduhan.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin turut mengetepikan keputusan panel terdahulu yang menaikkan hukuman penjara daripada empat tahun kepada 10 tahun dan mendendanya sebanyak RM42 juta atau 48 bulan penjara jika gagal membayarnya.

Panel berkenaan bagaimanapun memerintahkan wang RM3.35 juta yang dirampas daripada Mohd. Ismail, dilucuthakkan kepada kerajaan kerana ia adalah hasil daripada aktiviti haram.

Mahkamah berpendapat, Seksyen 55 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) membolehkan pihak ketiga yang berniat baik (bona fide) memfailkan tuntutan untuk mendapatkan semula wang berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI