fbpx

Suspek bunuh rakyat Malaysia, minta wang RM330,000 guna cryptowallet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki rakyat Malaysia telah diculik dan dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali di Manila, Filipina menerusi penemuan mayatnya di San Simon, Pampanga pada 23 Oktober lalu.

Mangsa diculik kumpulan tersebut yang kemudiannya telah meminta wang tebusan sebanyak RM330,000 daripada keluarganya yang dibayar melalui aplikasi cryptowallet USDT.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Pejabat Atase Polis Malawakil Manila menerima aduan daripada seorang rakyat Malaysia yang memaklumkan adik lelakinya yang bekerja di Manila telah diculik pada 22 Oktober.

“Bagaimanapun pada 23 Oktober, pihak Philippine National Police (PNP) telah menerima laporan tentang penemuan mayat seorang lelaki di San Simon, Pampanga yang mana deskripsi fizikal dan tatu pada mayat tersebut sama dengan deskripsi fizikal dan tatu mangsa penculikan.

“Pada 9 November, JSJK telah menerima permohonan daripada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk bantuan analisis terhadap aliran transaksi ke dalam cryptowallet milik seorang suspek yang terlibat kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ramli berkata, analisis yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Crytocurrency JSJK berjaya mengesan aliran transaksi cryptocurrency tersebut yang dipindahkan ke salah satu ‘exchange’ yang tidak didaftarkan di Malaysia.

“Hasil maklumat diterima daripada ‘exchange’ tersebut mendedahkan identiti enam suspek warga asing dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes penculikan dan pembunuhan tersebut,” katanya.

Ujarnya, kesemua maklumat itu telah diserahkan kepada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk siasatan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI