fbpx

Sepatutnya guna pengadil bertaraf FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGESWARAN (kiri) menerima kritikan hebat apabila didakwa gagal mengendalikan perlawanan akhir Piala Malaysia Jumaat lalu dengan baik.

PIHAK yang memilih S. Logeswaran mengendalikan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu wajar mengambil tanggungjawab selepas pengadil berkenaan dilihat gagal melaksanakan tugasnya.

Bagi bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang enggan mendedahkan identitinya, aksi berprofil tinggi seperti final Piala Malaysia wajar dikendalikan oleh individu lebih berpengalaman dan berstatus pengadil FIFA.

“Kadang-kadang seseorang pengadil dapat perlawanan senang dan memperoleh markah tinggi. Tetapi, apabila perlawanan akhir, tekanannya pasti berbeza dan pemberian penalti pertama perlawanan seakan menunjukkan pengadil tertipu dengan pemain.

“Apabila ada masalah babitkan prestasi pengadil, kita kena lihat balik pelantikan dan tidak boleh ada pilih kasih kerana kita sudah pun ada pengadil bertaraf FIFA. Saya tidak pasti kenapa pengadil FIFA yang kita ada tidak terpilih.

“Patutnya pengadil FIFA yang kendalikan perlawanan. Siapa pilih (Logeswaran) kena bertanggungjawab kerana kalau pengadil bertugas baik, mereka yang memilih akan dapat pujian tetapi kalau gagal, mereka kena ambil tanggungjawab ini,” katanya.

Ekoran prestasi kurang baik Logeswaran, ramai yang mula mempersoalkan kredibiliti pemilihannya kerana Malaysia turut memiliki beberapa nama pengadil FIFA seperti Razlan Joffri Ali, Muhammad Usaid Jamal, Muhammad Nazmi Nasaruddin dan Suhaizi Shukri.

Malah insiden berkenaan juga wajar ‘membuka mata’ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk terus menghulurkan bantuan kepada persatuan negeri untuk melahirkan lebih ramai pengadil berkualiti di peringkat negeri.

“Bukan kerja FAM lahirkan pengadil tetapi tugas negeri dan kalau dulu, kira-kira 20 tahun lalu persatuan negeri diberikan RM100,000 untuk pembangunan pengadil tetapi sekarang tidak ada. Berbalik kepada pentadbiran FAM sendiri untuk bantu lahirkan pengadil berkaliber di peringkat akar umbi dan bagaimana pula dengan proses pembangunan itu,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim menjelaskan insiden padang dan pengadil jelas sudah merosakkan imej Piala Malaysia selaku pertandingan berprestij di negara ini.

“Piala Malaysia amat prestij dan sudah dimainkan sekian lama, jadi dalam apa keadaan sekalipun kita kena kekalkan prestij pertandingan babitkan semua aspek iaitu padang, penaja, pengadil dan persembahan pasukan.

“Final kali ini tidak menepati prestij terutamanya dalam aspek penyediaan padang dan sebagai orang biasa, kita turut merasakan pengadil juga perlu ditambah baik. Apa yang jadi sebelum ini sudah pun jejaskan pertandingan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI