fbpx

Nilai eksport industri halal RM44.17 bilion sehingga Oktober lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chin Tong pada sidang Dewan Negara hari ini. IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan nilai eksport bagi industri halal sehingga Oktober lalu adalah berjumlah RM44.17 bilion.

Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, produk eksport itu meliputi barangan makanan dan minum, bahan ramuan dan produk kosmetik.

Katanya, MITI menerusi Halal Development Corporation Berhad (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sentiasa mempromosikan produk-produk Malaysia ke negara luar termasuk produk halal dari masa ke semasa menerusi penyediaan platform dan kempen perniagaan melalui acara-acara utama.

“MIHAS kali ke-19 yang diadakan pada bulan September 2023 telah merekodkan jualan produk Halal yang mencecah RM3 bilion iaitu 24 peratus lebih tinggi daripada
sasaran.

“Pameran halal terbesar dunia ini telah memadankan 469 syarikat tempatan dengan 231 pembeli antarabangsa dari 44 buah negara,”katanya di Dewan Negara semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Wira Mohd Hatta Md Ramli yang bertanyakan tentang usaha Kerajaan untuk menaikkan nilai eksport industri halal di Malaysia di mana pada tahun 2022 hanya mencatatkan RM59.46 bilion berbanding nilai industri halal global sekitar RM13.86 trilion.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI