fbpx

Luahan Pembaca: ‘Mana pampasan tiket MYAirline kami?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 125,000 penumpang terjejas ekoran penggantungan operasi syarikat penerbangan swasta, MYAirline pada 12 Oktober lalu. GAMBAR: FAISOL MUSTAFA

Saudara Pengarang,

Pada 12 Oktober lalu, syarikat penerbangan swasta, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya serta-merta menyebabkan kira-kira 125,000 penumpang terjejas.

Keputusan drastik itu bukan sahaja mengejutkan kerajaan dan pemain industri, malah memberi kesan besar kepada para penumpang.

Rata-rata daripada pengguna penerbangan itu adalah rakyat Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia.

Kebanyakan penumpang dari Sabah dan Sarawak ini adalah mereka yang berkeluarga dan memang merancang membeli tiket penerbangan lebih untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti persekolahan bermula pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun, nasib ternyata tidak memihak kepada mereka. Ada yang terpaksa melupakan terus impian untuk pulang dan sesetengahnya pula terpaksa membeli tiket lain.

Kini, selepas hampir dua bulan berlalu, masih tiada khabar berita mengenai status bayaran ganti rugi kepada semua penumpang walaupun pelbagai pihak termasuk kerajaan telah memaklumkan bahawa bayaran tersebut perlu dilakukan.

Sebagai salah seorang penumpang yang turut terkesan, saya hanya mengharapkan agar pihak MYAirline dapat memuktamadkan status bayaran dan bila ia dapat dijelaskan.

PERANTAU
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI