fbpx

Cuaca buruk di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di tujuh negeri pada sebelah petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan negeri Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun), Pahang (Maran, Bera, Pekan dan Rompin) dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Jempol).

“Melaka antaranya di Alor Gajah dan Melaka Tengah serta Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah iaitu di Tawau manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.

Keadaan tersebut dijangka akan berlarutan sehingga pukul 5 petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI