fbpx

Agong rasmi pemasangan landasan ECRL pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah menyempurnakan majlis pemasangan landasan Laluan ECRL yang pertama di Seksyen 10, Gebeng, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis pemasangan landasan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang pertama di tapak Stesen ECRL Seksyen 10, Gebeng, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perasmian terbabit merupakan satu titik permulaan pemasangan landasan 94 kilometer dari stesen Bandar Pelabuhan Kuantan (KPC) di Gebeng ke Dungun, Terengganu, di mana ia dijangka mengambil masa dalam tiga ke empat bulan untuk dilengkapkan.

Sehubungan itu, projek ini akan disambung untuk pemasangan landasan dari stesen KPC ke Temerloh dan menuju ke arah utara di Dungun ke Kota Bharu dan diakhiri dengan Temerloh ke Jalan Kastam, Selangor.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam ucapannya berkata, tapak projek ECRL di Kuantan Port City (KPC) ini merupakan titik permulaan bagi pelaksanaan pemasangan landasan ECRL memandangkan proses pengilangan peralatan dan komponen-komponen landasan bertempat di sini.

“Tapak ini juga menempatkan pusat kawalan Construction Railway Operation Control Centre (CROCC) bagi memantau kerja-kerja pemasangan landasan ECRL serta depot kereta api ECRL pada masa akan datang.

“Justeru, kerja-kerja pemasangan landasan pertama ECRL dari KPC menghala ke Dungun, Terengganu yang melibatkan jarak 94 kilometer akan dilaksanakan dengan mesin pemasangan trek model ‘CCPG-500A’ buatan CRRC Yangtze Co. Ltd,” ujarnya

Menurutnya, Projek ECRL telah mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 56.35 peratus setakat November lalu selari dengan jadual tarikh penyiapan projek dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor pada Disember 2026. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI