fbpx

Pengguna lebuh raya terkejut lihat keranda tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH keranda ditemui di tepi sebuah lebuh raya dekat Cork, Selasa lalu. - Foto Daily Star

DUBLIN, Ireland – Orang ramai terkejut melihat sebuah keranda muncul di tepi lebuh raya yang sibuk berhampiran Cork, Ireland, baru-baru ini, lapor laman berita Daily Star semalam.

Video yang dirakam di tempat kejadian menunjukkan keranda kayu itu berada di kawasan berumput di tepi lebuh raya.

Turut kelihatan ialah sebuah kenderaan mayat yang membawa keranda itu rosak selepas terbakar, lapor akhbar The Irish Mirror.

Dalam klip video tersebut, seorang lelaki dilihat berjalan ke arah keranda itu sebelum berkata: “Bukan setiap hari anda terjumpa perkara ini, kawan-kawan.”

Difahamkan kenderaan mayat itu mengalami masalah teknikal ketika membawa keranda dari Cork ke Dublin.

Pemandunya kemudian memindahkan keranda itu ke tempat selamat, namun sumber berkata, tiada mayat di dalamnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI