fbpx

Keluarga tuntut jenazah warga emas mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah suami isteri warga emas yang dibunuh anak mereka dibawa keluar dari unit forensik untuk dikebumikan, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jenazah pasangan warga emas yang mati dibunuh anak kandung mereka di Kampung Sungai Penchala malam tadi dituntut waris pada pukul 5.25 petang, hari ini.

Jenazah pasangan suami isteri itu dijangka disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Jalan Sungai Penchala dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala dalam satu kubur selepas solat isyak.

Ahli keluarga mangsa bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini usai selesai bedah siasat.

Menurut sumber, bedah siasat bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang.

Difahamkan, mangsa merupakan mantan imam masjid dan pengerusi pertama tabung khairat Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan sepasang suami isteri warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh anak lelaki mereka di Kampung Sungai Penchala.

Polis mengesahkan terdapat beberapa kesan tikaman di seluruh tubuh si mati.

Difahamkan suspek yang berusia 42 tahun melakukan pembunuhan kejam tersebut pada pukul 7 malam.

Anak ketiga daripada empat adik beradik dikatakan baru sahaja dibebaskan dengan jaminan ibunya atas kesalahan jenayah minggu ini.

Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan dadah.

Siasatan lanjut termasuk motif pembunuhan masih disiasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Suspek direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 16 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI