fbpx

Hon Jian-Haikal raih gelaran kedua di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hon Jian-Haikal meneruskan aksi cemerlang apabila meraih gelaran kedua berturut-turut selepas memenangi Guwahati Masters di Assam, India sebentar tadi. - FB BAM

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri meneruskan aksi konsisten apabila meraih gelaran kedua berturut-turut selepas memenangi Kejohanan Badminton Guwahati Masters sebentar tadi.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Tertutup Sarju Sarai, India, beregu No.69 dunia itu menewaskan pasangan dari Taiwan, Lin Bing Wei-Su Ching Heng menerusi aksi straight set 21-17, 23-21.

Kemenangan itu pastinya menjadi penamat terbaik buat Hon Jian-Haikal sepanjang saingan di India selepas turut menjadi juara ketika menyertai kejohanan Antarabangsa India di Lucknow minggu lalu.

Walaupun muncul juara pada kejohanan Jelajah Dunia Super 100 itu, namun mereka berdepan cabaran sukar apabila diberikan tentangan sengit daripada beregu Taiwan berkenaan dalam kedua-dua set permainan.

Mereka diekori rapat pemain lawan sepanjang perlawanan itu, namun Hon Jian-Haikal menunjukkan ketahanan dari segi mental apabila berjaya berdepan tekanan sebelum memastikan kejuaraan dengan kemenangan 21-17, 23-21.

Sebagai juara, Hon Jian-Haikal membawa pulang hadiah wang tunai AS$7,900 (RM36,853) berserta piala manakala Bing Wei-Ching Heng berpuas hati dengan AS$3,800 (RM17,727) dan piala selaku naib juara.

Untuk rekod, pasangan yang mula digandingkan Ogos lalu itu menunjukkan pencapaian cukup membanggakan apabila sudah meraih dua kejuaraan selain muncul naib juara pada Cabaran Antarabangsa Indonesia II Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI