fbpx

Umpan anak merangkak dengan buah mangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di Facebook.

PETALING JAYA – Gelagat lucu seorang ibu mengumpan anaknya dengan buah mangga demi menjuarai perlumbaan bayi telah mencuri perhatian pengguna media sosial.

Momen menggelikan hati itu dirakamkan dalam video berdurasi 34 saat yang dikongsi menerusi laman Facebook majalah kanak-kanak.

Menerusi video itu, ibu-ibu yang berdedikasi dilihat tampil dengan strategi kreatif termasuk ada yang memilih kunci, patung mainan, lampu telefon bimbit dan mangga sebagai umpan untuk membimbing anak mereka ke garisan penamat.

Ramai netizen memuji kreativiti yang ditunjukkan dan aksi comel ini berjaya mencuit hati ramai.

“Kalau saya pun akan umpan anak dengan makanan supaya dia merangkak dengan laju. Lambat masuk, patut saya daftar juga haritu,” komen Aisyah Mansor.

“Mak-mak memang tahu apa anak-anak suka,” tambah Ina Amran.

“Warna buah mangga itu memang mainkan peranan. Bayi memang mudah tertarik dengan warna terang,” jelas Yana Zali.

Video tersebut telah menerima 438,000 tontonan dan 850 komen selepas dimuat naik beberapa hari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI