fbpx

PDRM, Whoscall tawar 1 juta akaun premium cegah scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (kiri) selepas merasmikan merasmikan Karnival Scam Free Malaysia di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Whoscall Malaysia menawarkan pemberian satu juta akaun premium bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa scammer.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berlaku penurunan sebanyak 50 peratus (daripada 66,810 panggilan dijawab kepada 34,996 panggilan dijawab) direkodkan sejak kolaborasi dilakukan 4 Januari lalu.

Katanya, aplikasi anti-scam, Whoscall mempunyai integrasi antara sistem Semakmule milik JSJK yang setakat ini sebanyak 318,147 nombor telefon scammer telah disenaraikan.

“Ramai masih terpengaruh apabila jawab telefon dan mudah ditakutkan scammer, malah ada pelaburan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. (Penipuan) puluhan ribu dianggap biasa sekarang ini.

“Whoscall kini menawarkan 1 juta akaun Whoscall Premium bagi penggunaan selama setahun. Hanya perlu mengisi kod ‘PDRMlawanscams’. Melalui program ini pihak Whoscall turut menampung kos RM8.7 juta.

“Pengguna akan menikmati ciri-ciri khas seperti ID Pemanggil, sekatan panggilan secara automatik, pangkalan data yang dikemaskini secara automatik dan pengimbas URL tanpa iklan,” katanya selepas merasmikan Karnival Scam Free Malaysia di Pavillion Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Tambah Ramli, Karnival tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyber Security Malaysia (CSM), Bank Simpanan Nasional, dan beberapa universiti tempatan.

“Adalah diharapkan mesej pencerahanan pencegahan serta informasi terkini jenayah komersil dapat disebarkan dengan meluas melalui karnival ini.

“Hal ini penting bagi memastikan masyarakat dapat melindungi diri mereka dari menjadi mangsa penipuan jenayah komersil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI