fbpx

[VIDEO] Pasangan warga emas mati dibunuh anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi perumahan pasangan warga emas yang dibunuh oleh anak lelakinya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh oleh anak sendiri di Kampung Sungai Penchala, di sini, hari ini.

Difahamkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu membunuh ibu bapanya sekitar pukul 7 petang tadi.

Anak ketiga daripada empat adik beradik itu juga dipercayai baru sahaja diikat jamin oleh bapanya atas kesalahan jenayah minggu ini.

Bagaimanapun, sebaik pasukan polis tiba di lokasi kejadian, kedua mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kejadian pembunuhan membabitkan ibu dan bapa.

“Suspek adalah anak kepada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI