fbpx

Lelaki disyaki bunuh ibu bapa warga emas berjaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siasatan oleh pihak polis masih diteruskan di lokasi kejadian

KUALA LUMPUR – Lelaki yang melarikan diri selepas dipercayai membunuh ibu dan bapanya di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala di sini malam tadi berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kata beliau, siasatan masih berjalan di lokasi kejadian ketika ini.

“Satu kenyataan media berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ringkas.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sepasang suami isteri maut dipercayai dibunuh anak sendiri di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, difahamkan berlaku pertengkaran diantara anak lelaki mereka berusia 40-an dengan pasangan berkenaan.

Suspek adalah anak kepada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI