fbpx

Amuk berparang berang ditegur bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berparang yang mengamuk di pekan Bestari Jaya, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Gara-gara berang ditegur bising membuatkan seorang lelaki mengamuk dengan mengeluarkan parang di sekitar kedai burger di pekan Bestari Jaya, baru-baru ini.

Lelaki berusia 44 yang dipercayai mabuk itu bagaimanapun berjaya ditangkap dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam, Rabu lalu.

Insiden suspek yang mengacu parang kepada pembeli dan peniaga burger itu tular menerusi video berdurasi satu minit 24 saat.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan suspek di sebuah gerai burger berhadapan kedai dobi layan diri.

“Seorang lelaki menegur suspek supaya memperlahankan suaranya yang bising. Akibat tidak berpuas hati dengan teguran itu, suspek kemudian mengambil parang di dalam keretanya dan mengejar sambil menghayun parang ke arah pengadu.

“Pengadu bagaimanapun berjaya melarikan diri dan suspek bertindak menghayun parang ke atas tempat duduk kerusi sebuah sehingga terkoyak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ramli, polis yang tiba di lokasi kejadian segera menahan suspek bagi membantu siasatan sebelum membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi tindakan lanjut.

“Senjata yang digunakan suspek turut dirampas. Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI