fbpx

Wanita tertembak punggung sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian itu berlaku ketika mangsa menjalani ujian MRI Jun lalu. - PerthNow

MADISON, WISCONSIN  – Seorang wanita di negeri Wisconsin mengalami kecederaan pada punggung selepas membawa sepucuk pistol semasa menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI), lapor akhbar New York Post semalam.

Wanita berusia 57 tahun itu menyembunyikan pistolnya ketika dimasukkan ke dalam terowong MRI.

Apabila magnet mesin itu diaktifkan, picu pistol itu tertarik dan tembakan dilepaskan secara tidak sengaja.

“Pesakit mengalami luka tembakan pada punggung kanannya,” demikian menurut kenyataan laporan Penggunaan Masalah Peranti yang dikemukakan oleh syarikat insurans mangsa kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) Julai lalu.

Selepas terkena tembakan di bahagian punggung, wanita itu menerima rawatan di hospital. 

Tidak jelas bagaimana wanita itu boleh membawa masuk senjata ke dalam bilik ujian MRI. Dia sudah menjalani pemeriksaan objek logam di pintu masuk dan mengaku tidak membawa senjata api. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI