fbpx

Pantau rapi taska ada rekod kes dera, abai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SABAN hari, rakyat Malaysia di­sajikan dengan berita kes penderaan bayi dan kanak-kanak termasuk yang berakhir dengan kematian menyayat hati.

Biasanya, kes-kes tersebut berlaku di taska dan pusat penjagaan tidak berdaftar. Impaknya bukan hanya fizikal, tetapi turut meninggalkan kesan mendalam kepada emosi mangsa dan ke­luarga.

Persoalannya, sampai bila kes ini akan terus berlaku dan adakah tndakan yang diambil selama ini tidak cukup berat?

Mengikut data Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 3,666 mangsa didera di seluruh negara sejak 2018 hingga Jun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dilaporkan berkata, daripada jumlah kes yang direkodkan itu, sebanyak 3,264 suspek dikenal pasti de­ngan 964 daripada mereka membabitkan pengasuh, pembantu rumah, pengasuh taska, penjaga dan suami pengasuh.

“Antara suspek lain yang dikenal pasti adalah penjaga rumah anak yatim dan juga guru ­mang­sa.

“Sikap tidak bertanggungjawab individu terutama pihak yang membuka pusat asuhan semata-mata untuk mendapatkan pulangan kewangan antara punca yang mendorong berlakunya kes-kes berkaitan penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak,” kata beliau.

Menurut Siti Khamsiah, sikap tamak pusat asuhan yang menggaji pengasuh tidak terlatih dan tidak mempunyai ilmu berkaitan penjagaan bayi dan kanak-kanak juga mendorong kepada kes penderaan di negara ini.

Tambah beliau, apabila pe­ngasuh yang digaji tidak mempunyai ilmu yang secukupnya, ia akan membawa kepada perasaan tidak sabar dalam mengendalikan kerenah kanak-kanak.

“Tiada minat dan ilmu dalam mendidik serta mengawal kanak-kanak juga boleh menyebabkan tindakan di luar kawalan yang boleh mengancam nyawa bayi atau kanak-kanak di bawah ­ja­gaan para pengasuh.

“Situasi ini boleh membawa kepada berlakunya kemala­ngan seperti bayi tertangkup kain bedong atau napkin ketika mereka tidur, tersedak susu dan tercekik makanan,” katanya.

Jelas beliau, individu yang terbabit dengan kes penderaan kanak-kanak dan bayi boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak Berdaftar Malaysia (PPBM), A­nisa Ahmad memberitahu, kerajaan perlu lebih serius dalam memantau pengusaha taska tidak berdaftar bagi mencegah kes-kes penderaan membabitkan pe­ngasuh.

“Melalui pengamatan saya, kebanyakan kes penderaan bayi dan kanak-kanak oleh pengasuh yang dilaporkan sebelum ini membabitkan premis yang tidak berdaftar atau tiada pemantauan daripada pengusaha.

“Pihak berwajib wajar mengambil perhatian lebih serius terhadap kewujudan taska tidak berdaftar tanpa mengira siapa pemiliknya.

“Begitu juga dengan taska yang pernah mempunyai track record kes penderaan perlu ada penguatkuasaan dan pemantauan rapi bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya kepada Kosmo!.

Anisa menambah, tidak hanya pihak berwajib, peranan utama perlu dimainkan oleh ibu bapa supaya mereka lebih selektif dalam memastikan taska yang dipilih memenuhi ciri keselamatan atau bebas sebarang kes berkaitan penderaan pengasuh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI