fbpx

Budak 12 tahun jadi jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FINMAN menjadi jutawan selepas dia melabur dalam mata wang digital. - Foto YouTube/TEDx Talks /Jonathan Raa/NurPhoto/Getty Images

WASHINGTON – Seorang budak lelaki berumur 12 tahun yang membuat pelaburan awal Bitcoin cuma AS$1,245 (RM5,811) kini bergelar jutawan selepas nilai mata wang kripto tersebut melambung tinggi, lapor portal berita UNILAD kelmarin.

Pada tahun 2011, Erik Finman membuat perjanjian dengan ibu bapanya bahawa dia tidak akan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti kerana ingin mencari kekayaan di luar bidang pendidikan konvensional.

Dia yang bercita-cita mahu menjadi jutawan pada usia muda, berpendapat bahawa melabur dalam mata wang kripto adalah cara untuk merealisasikan impian tersebut.

Selepas menerima wang sebanyak AS$1,245 (RM5,811) daripada neneknya pada 2011, Finman melabur dalam Bitcoin (BTC) yang ketika itu didagangkan sekitar AS$12(RM56) untuk 1 BTC. Dia kemudian memiliki 103 BTC.

Pada Disember 2017, ketika Finman berusia 18 tahun, mata wang itu mencapai paras tertinggi AS$20,000(RM93,360) bagi setiap satu BTC, manakala pelaburan awalnya sebanyak AS$1,245 meningkat kepada AS$2.07 juta (RM9.66 juta).

Dia memberitahu laman perniagaan Business of Business: “Saya sangat tidak suka belajar di sekolah tinggi. Orang ramai tidak benar-benar faham apa yang saya cuba lakukan atau memahami apa yang saya cari atau apa yang saya impikan.

“Malah ada seorang guru memberitahu saya, ya, berhentilah belajar dan bekerja di McDonald’s kerana saya tidak akan dapat mencapai apa-apa lagi (kejayaan) dalam kehidupan.

“Saya berhenti sekolah tinggi dan membuat pertaruhan dengan ibu bapa saya iaitu jika saya menjana satu juta dolar (RM4.67 juta) pada masa usia saya 18 tahun, saya tidak perlu kembali ke sekolah atau pergi ke universiti.”

Selepas menjana 1 juta pertamanya, Finman tidak berhenti di situ dan menambah jumlah Bitcoin yang dia ada sehingga meningkat kepada 341 BTC dengan anggaran nilai lebih AS$4.8 juta (RM22.41 juta) menjelang pertengahan 2020.

Finman yang kini berusia 25 tahun, tidak terlalu gembira dengan kejayaannya dan keluar daripada pelaburan mata wang digital kerana sudah ‘muak menjadi orang Bitcoin’.

Dia melabur pula dalam industri pesawat yang menyatakan telah membuat ‘wang dalam jumlah yang besar’. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI