fbpx

Belalang penuhi langit Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawanan belalang dilihat memenuhi langit Mexico. - CEN

BANDAR RAYA MEXICO – Penduduk di tenggara Mexico terkejut selepas melihat kumpulan besar belalang memenuhi langit pada Selasa lalu, lapor akhbar New York Post.

Kejadian berlaku di bandar Merida dan Sinanche berdekatan Semenanjung kawasan Yucatan dengan pihak berkuasa tempatan dilaporkan bergelut untuk mengatasi serangga itu.

“Saya tidak akan membuka mulut saya lagi,” kata seorang pengguna aplikasi X ketika memuat naik gambar kejadian itu.

Beberapa video memaparkan jutaan belalang terbang melintasi laluan utama bandar itu ketika beberapa kereta dilihat dipandu di atas jalan.

Sejak 2020, masalah belalang dilaporkan semakin meningkat di sekitar negara-negara rantau Tanduk Afrika. 

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berjuta-juta belalang dikesan di Asia Barat dan Afrika bulan lalu. 

Belalang juta itu berhijrah disebabkan oleh kekurangan makanan, kata PBB dengan menyatakan bahawa perubahan iklim menjadi pencetus kepada masalah tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI