fbpx

F1 kekal aksi sprint enam litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LITAR Miami dipilih sebagai lokasi baharu penganjuran acara Sprint bagi menggantikan Spa-Francorchamps pada musim depan. - AFP

LONDON – Perlumbaan Formula Satu (F1) mengekalkan enam perlumbaan Sprint pada musim 2024 menyaksikan litar Shanghai dan Miamibakal menganjurkan saingan itu buat kali pertama.

Spielberg (Austria) dan Sao Paulo (Brazil) akan mengadakan perlumbaan sprint buat kali ketiga, manakala Austin (AS) dan Qatar akan mengadakan saingan itu buat kali kedua.

Shanghai menggantikan perlumbaan di Grand Prix (GP) Baku, Azerbaijan dan Miami mengambil alih perlumbaan di Spa-Francorchamps (Belgium).

Seperti sedia maklum, format perlumbaan sprint F1 yang diperkenalkan pada 2021 memberi impak positif kepada kehadiran jumlah penonton terutamanya pada hari Jumaat berbanding sesi latihan biasa.

Bagaimanapun, format untuk 2024 masih belum diputusan dan sedang diperhalusi.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan enam vanue menarik bagi perlumbaan F1 sprint musim depan, termasuk dua lokasi baharu iaitu di China dan Miami.

“Pastinya perlumbaan musim depan akan bertambah menarik. Sejak penubuhannya perlumbaan sprint pada 2021 penambahan penonton mula bertambah terutama pada hari Jumaat,” kata Presiden Formula 1, Stefano Domenicali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI